InstaTrader : Installation


1. Pergi ke laman web InstaForex.
2. Klik MetaTrader Trading Platform pada ruangan Trading Instruments di sebelah kanan.
3. Klik "Download MetaTrader 4 Trading Platform" seperti yang berada di dalam gambar dibawah ini.


4. Buka file yang telah siap didownload sebentar tadi iaitu "itc4setup". Setelah itu klik butang "Next" sehingga keluar paparan mengenai "Agreements and the Additional Terms". Klik pada box "Yes, I agree" dan klik butang "Next". Seterusnya, namakan installation folder dan group dengan InstaTrader Pro dan isikan seperti gambar dibawah ini. Klik "Next" dan tunggu sehingga selesai proses installation.

 




5. Ulang langkah 4 dengan menamakan folder dan program group dengan "InstaTrader Demo" dan "InstaTrader Contest".
6. Tahniah! Anda telah selesai proses installation InstaTrader.


Cara Mendaftar CIMB Clicks



Setelah selesai proses membuka akaun CIMB, barulah kita boleh meneruskan dengan proses pendaftaran CIMB Clicks.


Langkah 1 - Membuat e-pin


1. Pemohon akan memerlukan e-pin sebelum dapat mendaftar untuk perbankan internet. Oleh itu, pemohon perlu ke mesin ATM untuk membuat e-pin. 



2. Di mesin ATM, pemohon perlu mengikut laluan berikut pada mesin ATM:-



「Lain-lain > CIMB Clicks > CIMB Clicks e-Pin」


3. Kemudian, pemohon akan diminta untuk memasukkan nombor e-pin.


                「PERHATIAN: Nombor e-pin tidak boleh sama dengan nombor pin ATM

4. Setelah memasukkan nombor e-pin dan mengesahkannya, pemohon perlu memasukkan nombor telefon pemohon untuk penerimaan alamat sesawang dan memuat turun Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks.

Langkah 2 - Membuat Akaun Perbankan Internet

1. Pemohon perlu ke Daftar Perbankan Internet CIMB Clicks untuk membuat akaun Perbankan Internet.
2. Pemohon akan mengisi maklumat di ruang yang disediakan. Antara maklumat yang diperlukan ialah Nombor kad ATM pemohon, nombor e-pin CIMB Clicks, nama ibu, dan alamat e-mel pemohon.
3. Pemohon juga perlu membuat ID, katalaluan dan 'SecureWord' pemohon, dan juga mengisikan ruang 'Enter your Introducer's Details'.
4. Setelah membaca menerima Terma dan Syarat perbankan internet, pemohon hanya perlu klik pada butang 'Submit' untuk menghantar maklumat pemohon atau klik pada butang 'clear' untuk mengosongkan kawasan ruang maklumat yang telah diisi.


Maka tamatlah prosedur membuka akaun perbankan internet di CIMB. Pemohon boleh mengedit dan memperbaharui maklumat pemohon di laman sesawang CIMB Clicks. Terdapat pelbagai servis sediakan oleh CIMB yang boleh digunakan oleh pengguna-pengguna CIMB Clicks seperti pemindahan wang simpanan, pembayaran bil, dan juga kad tambah nilai prabayar.

Cara Membuka Akaun Bank CIMB



Sebelum memulakan perbankan internet, seseorang itu harus memiliki sekurang-kurangnya satu akaun di bank. Oleh itu, saya akan menjelaskan beberapa prosedur sebelum meneruskan ke perbankan internet.

Langkah 1 : Kaunter Pertanyaan

1. Pemohon menyatakan berkenaan pembukaan akaun di kaunter pertanyaan.
2. Pemohon akan diminta untuk memberikan kad pengenalan dan membuat pengesahan cap jari.
3. Selepas pengesahan kad pengenalan, pemohon akan mendapat maklumat pemohon dan nombor giliran untuk ke kaunter perkhidmatan.

Langkah 2 : Kaunter Perkhidmatan

1. Setelah tiba giliran pemohon, pemohon akan menuju ke kaunter perkhidmatan untuk membuat pengesahan maklumat pemohon.
2. Terdapat beberapa borang yang perlu ditandatangani oleh pemohon antaranya ialah borang pengakuan, borang terma dan syarat, dan lain-lain.
3. Pemohon akan menunggu pengesahan daripada pihak atasan sebelum diberikan nombor akaun bank.
4. Setelah menerima nombor akaun, pemohon perlu menuju ke mesin deposit tunai untuk mendepositkan RM 250 untuk dijadikan sebagai simpanan di dalam bank tersebut.

Langkah 3 : Kaunter Penerimaan Kad ATM

1. Nama pemohon akan dipanggil untuk penerimaan kad ATM.
2. Di meja tersebut, pemohon akan menandatangani kawasan sebelah belakang kad ATM tersebut.
3. Selesai proses tandatangan, pemohon akan menerima satu siri nombor keselamatan.
4. Pemohon akan menuju ke mesin ATM untuk menukarkan nombor keselamatan tersebut dengan nombor pin yang baru.