Cara Mendaftar CIMB Clicks



Setelah selesai proses membuka akaun CIMB, barulah kita boleh meneruskan dengan proses pendaftaran CIMB Clicks.


Langkah 1 - Membuat e-pin


1. Pemohon akan memerlukan e-pin sebelum dapat mendaftar untuk perbankan internet. Oleh itu, pemohon perlu ke mesin ATM untuk membuat e-pin. 



2. Di mesin ATM, pemohon perlu mengikut laluan berikut pada mesin ATM:-



「Lain-lain > CIMB Clicks > CIMB Clicks e-Pin」


3. Kemudian, pemohon akan diminta untuk memasukkan nombor e-pin.


                「PERHATIAN: Nombor e-pin tidak boleh sama dengan nombor pin ATM

4. Setelah memasukkan nombor e-pin dan mengesahkannya, pemohon perlu memasukkan nombor telefon pemohon untuk penerimaan alamat sesawang dan memuat turun Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks.

Langkah 2 - Membuat Akaun Perbankan Internet

1. Pemohon perlu ke Daftar Perbankan Internet CIMB Clicks untuk membuat akaun Perbankan Internet.
2. Pemohon akan mengisi maklumat di ruang yang disediakan. Antara maklumat yang diperlukan ialah Nombor kad ATM pemohon, nombor e-pin CIMB Clicks, nama ibu, dan alamat e-mel pemohon.
3. Pemohon juga perlu membuat ID, katalaluan dan 'SecureWord' pemohon, dan juga mengisikan ruang 'Enter your Introducer's Details'.
4. Setelah membaca menerima Terma dan Syarat perbankan internet, pemohon hanya perlu klik pada butang 'Submit' untuk menghantar maklumat pemohon atau klik pada butang 'clear' untuk mengosongkan kawasan ruang maklumat yang telah diisi.


Maka tamatlah prosedur membuka akaun perbankan internet di CIMB. Pemohon boleh mengedit dan memperbaharui maklumat pemohon di laman sesawang CIMB Clicks. Terdapat pelbagai servis sediakan oleh CIMB yang boleh digunakan oleh pengguna-pengguna CIMB Clicks seperti pemindahan wang simpanan, pembayaran bil, dan juga kad tambah nilai prabayar.

No comments:

Post a Comment