Cara Membuka Akaun Bank CIMB



Sebelum memulakan perbankan internet, seseorang itu harus memiliki sekurang-kurangnya satu akaun di bank. Oleh itu, saya akan menjelaskan beberapa prosedur sebelum meneruskan ke perbankan internet.

Langkah 1 : Kaunter Pertanyaan

1. Pemohon menyatakan berkenaan pembukaan akaun di kaunter pertanyaan.
2. Pemohon akan diminta untuk memberikan kad pengenalan dan membuat pengesahan cap jari.
3. Selepas pengesahan kad pengenalan, pemohon akan mendapat maklumat pemohon dan nombor giliran untuk ke kaunter perkhidmatan.

Langkah 2 : Kaunter Perkhidmatan

1. Setelah tiba giliran pemohon, pemohon akan menuju ke kaunter perkhidmatan untuk membuat pengesahan maklumat pemohon.
2. Terdapat beberapa borang yang perlu ditandatangani oleh pemohon antaranya ialah borang pengakuan, borang terma dan syarat, dan lain-lain.
3. Pemohon akan menunggu pengesahan daripada pihak atasan sebelum diberikan nombor akaun bank.
4. Setelah menerima nombor akaun, pemohon perlu menuju ke mesin deposit tunai untuk mendepositkan RM 250 untuk dijadikan sebagai simpanan di dalam bank tersebut.

Langkah 3 : Kaunter Penerimaan Kad ATM

1. Nama pemohon akan dipanggil untuk penerimaan kad ATM.
2. Di meja tersebut, pemohon akan menandatangani kawasan sebelah belakang kad ATM tersebut.
3. Selesai proses tandatangan, pemohon akan menerima satu siri nombor keselamatan.
4. Pemohon akan menuju ke mesin ATM untuk menukarkan nombor keselamatan tersebut dengan nombor pin yang baru.